IMPIAN......impian ada keinginan mendapatkan sesuatu. Keinginan yang terpendam di dasar hati. Semua orang ada memasang impian tidak kira apa statusnya. Yang miskin mengimpikan kekayaan. Yang berjalan kaki mengimpikan kenderaan. Yang hodoh mengimpikan wajah yang cantik. Yang kaya mahu bertambah kaya. Yang senang mahu lebih senang. Pokoknya bermacam-macam impian yang bersarang dalam diri kita.
Tatapi apakah semua impian itu selalu menjadi kenyataan? Tentunya tidak sama sekali. Semuanya ketentuan Allah SWT pemerintah semesta alam. Justeru itu kita seharusnya bersedia menerima apa jua ketentuannya.Sekadar berkongsi pengalaman, semasa aku berada disekolah rendah dahulu, aku selalu mengimpikan nombor yang sedikit tapi sayangnya aku gagal. Setiap kali peperiksaan nambor-nombor penghujung tetap milik aku. Ibu menangis. Ayah membengis. Impian tidak terlaksana. Puas menangis keputusannya tetap begitu. Tapi siapa sangka hari ini aku berjaya ke menara gading dan menjadi seorang guru. Kawan-kawan yang dulunya begitu hebat kini sekadar kerja biasa-biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan