Jumaat, 1 Julai 2011

PENDAFTARAN 2012


Assalamualaikum Warahmatullah.

Sukacita dimaklumkan bahawa atas permintaan ibubapa, pendaftaran bagi sesi 2012 telah mula dibuka bermula pada 4 Julai 2012. Bagi pelajar lama (4 tahun dan 5 tahun) pihak kami akan menghantar satu surat tawaran untuk kekal belajar di Tadika Permata Soleh. Bagi pelajar baru, borang-borang boleh didapati dengan hadir sendiri ke tadika dan berjumpa dengan guru besar /guru bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi mengelakkan anak-anak tidak mendapat tempat, adalah diharapkan agar ibubapa dapat membuat pendaftaran awal. Kami memberikan keutamaan kepada pelajar lama. Bagi pelajar baru, kami mengunakan konsep 'siapa cepat dia dapat.'. Bayaran pengesahan pendaftaran sebanyak RM10.00 hendaklah dibuat (setelah menerima surat dari pihak kami). Sebarang masalah/pertanyaan bolehlah menghubungi kami, 07-8822246 (Minta bercakap dengan Pn Noranisah)
Sekian terima kasih.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELIPUTI

1.AKADEMIK

Bahasa melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Matematik
Asas Sains
Seni Kreatif
Kemahiran Jawi
Sirah Rasul

TAMBAHAN

‘Ibu Ajarku Jawi’
“Bacalah Anakku’
‘Learning English’

2.AGAMA / HAFALAN

Hafazan Surah Yaasin
Hafazan Surah-Surah Lazim
Hafalan Doa-Doa Harian.
Teori / Praktikal Solat (Sunat / Fardu / Jenazah)
Praktikal Wudhu / Tayamum
Iqra
Nasyid dan lain-lain.

3.SOSIAL

Hari Jadi Pelajar
Hari Guru
Sukan Tahunan
Maulidurrasul
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Bercerita
PertandinganTulisan Cantik.
Lawatan Sambil Belajar
Pertandingan Nasyid
Khatam Al-Quran.

YURAN DAN PENDAFTARAN

1. Tadika : RM 90 .00 Sebulan
2. Eksekutif : RM 170.00 Sebulan.
3. Tuisyen : RM 15.00 (Satu Subjek)(Darjah 1-6)
4. Mengaji : RM 25.00 Sebulan.(Iqra, Al Quran)

PAKEJ PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN

1.Pendidikan Pra Sekolah (4-6 Tahun)

Masa
i) 8.00 – 11.15 pagi (Isnin hingga Jumaat)
ii) 12.00 t/hari hingga 3.15 petang(mengikut permintaan)
Iii) 8.30 pagi – 10.30 pagi (Sabtu)(jika ada permintaan)

2.Tadika Eksekutif (4 – 6 Tahun)

Masa
i) 8.00 – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
ii) 8.00 pagi – 12.30 pagi (Sabtu)
iii) Ahad / Cuti Umum –Cuti

KELEBIHAN TADIKA KAMI

1.Mementingkan kualiti, pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.
2.Diusahakan oleh mereka yang berkelayakan dan berpengalaman dalam dunia pendidikan
Sarjana Pendidikan).
3.Tenaga pengajar yang berkelayakkan dan berpengalaman (Diploma/Ma’ad?Sijil Agama)
4.Pelajar dilindungi Insuran Takaful (24 jam)
5.Pelbagai aktiviti sosial / ko-kurikulum dijalankan.
6.Penilaian pelajar melalui peperiksaan sumatif dan formatif dan banyak lagi.