Sabtu, 1 Februari 2014

PERANAN DAN CABARAN MENDIDIK ANAK MASA KINI

Kerap kita dipesan sejak dari kecil dahulu oleh ibubapa kita supaya mementingkan pelajaran atau pendidikan kerana dengan adanya pendidikan, kita akan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan akan membawa kesenangan dalam kehidupan. Ibubapa juga kerap menyatakan mereka tidak meninggalkan wang ringgit atau harta yang banyak, tetapi ilmu yang diberikan adalah harta peninggalan mereka dan itulah akan menjadi harta pada masa hadapan. Mahu tidak mahu kita perlu memahami yang pendidikan sangat penting untuk membolehkan kita berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan dan membolehkan kita dikatakan berharta. Kerap kali kejayaan akan dikaitkan dengan mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Anak-anak tidak ada pilihan lain, untuk mencapai hasrat tersebut terpaksa belajar bersungguh-sungguh dan pada mereka tanpa kelulusan peperiksaan yang baik gelaplah masa hadapan. Pendapat ini masih lagi tidak berubah hingga sekarang. Kita dapat melihat ibubapa sekarang melakukan apa sahaja untuk membolehkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Ibubapa sangat bercita-cita untuk anak-anak mereka dapat memasuki universiti untuk mendapat segulung atau sekeping ijazah atau diploma supaya mendapat pekerjaan. Sekali lagi anak-anak dihantar belajar bukan untuk mendapat pengetahuan tetapi untuk mendapatkan sijil. Itulah sebabnya kita hanya akan menghantar anak-anak ke institusi pelajaran tinggi yang mendapat pengiktirafan sahaja. Jika tidak diiktiraf, kita tidak mahu anak kita belajar ke institusi tersebut walaupun besar kemungkinan institusi tersebut mampu memberi pengetahuan yang lebih baik. Budaya kita mendapat kelulusan terbaik hanya untuk makan gaji dengan menunjukan sijil yang diperolehi. Apakah ini perlu diteruskan?, sama-samalah kita memikirkannya. Peranan ibubapa sekarang untuk pendidikan anak-anak kini sangat besar dan memerlukan banyak pengorbanan. Peranan ini telah berubah mengikut keadaan dan masa (dahulu lain sekarang lain). Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk kejayaan anak-anak selain dari masa yang telah diberikan. Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk anak-anak belajar dan mencapai kejayaan. Ibubapa perlu sentiasa memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak selain dari perbelanjaan harian, pakaian sekolah, perbelanjaan kantin (makan dan minum), tambang kesekolah dan buku-buku asas. Ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk buku kerja tambahan, yuran tusyen, penyediaan kemudahan komputer dan kemudahan internet, perisian pembelajaran yang berkenaan dan majalah yang bersesuaian. Anak-anak sekarang tidak mencukupi jika hanya bergantung pada buku teks sekolah sahaja. Mereka perlu latihan tambahan dan juga buku latih tubi setiap masa. Maklumat tambahan banyak didapati dari majalah semasa yang banayak terdapat dipasaran. Untuk mendapat pendedahan/maklumat yang baik majalah adalah merupakan sumber ilmu yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh anak-anak (bulanan atau mingguan) Satu lagi yang amat diperlukan sekarang adalah bagaimana untuk memberi motivasi berterusan kepada anak-anak. Melalui kajian yang telah dijalankan, kelemahan anak-anak adalah mereka tidak mempunyai motivasi yang berterusan (jika ada pun cepat menurun). Sangat banyak program motivasi yang dianjurkan sekarang terutama semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Semua program ini dikenakan bayaran kerana mempunyai berbagai program yang memerlukan perbelanjaan. Setiap program pula didatangkan berbagai-bagai pakar dan juga mereka yang pernah terlibat dalam memeriksa kertas peperiksaan atau mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti penyediaan kertas soalan. Anak-anak tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti program ini. Ada yang menyatakan ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan jika mahu mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksan. Ini semua memerlukan perbelanjaan. Ibubapa sudah tentu tidak mahu melepas peluang anak-anak mereka mengikuti prgram yang sangat baik ini. Zaman semuanya percuma telah berlalu, ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pembelajaran anak-anak. Cabaran yang besar adakah ibubapa bersedia dengan cabaran ini?. Segala-galanya percuma juga telah berakhir dan cabaran sekarang, adakah ibubapa dapat menerima perubahan ini?. Kita kerap mendengar kata-kata, “dulu bila keluar sahaja universiti pekerjaan telah menunggu”. Ibubapa kerap lagi menggunakan perkataan ini dengan tidak mahu menerima perubahan keadaan. Zaman telah berubah dengan berbagai-bagai perubahan dari segi ekonomi dan pengetahuan. Negara telah berubah dari negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian. Kalau dahulu penduduk Malaysia hanya berjumlakh 17 juta tetapi sekarang telah berjumlah 25 juta. Kalau dulu tidak banyak yang layak masuk ke universiti tetapi sekarang memasuki unversiti sudah menjadi perkara biasa sahaja. Boleh dikatakan setiap keluarga telah mempunyai keluarga berjaya memasuki universiti. Untuk itu cabaran sekarang adalah untuk bersaing dengan banyak orang pandai. Anak-anak kita perlu mendapat kelulusan terbaik di universiti. Kalau dulu kalau lulus sahaja telah mencukupi, tetapi kelulusan terbaik perlu menjadi impian supaya mudah untuk mendapat pekerjaan. Lulus dengan kelas ketiga tidak dipandang lagi. Kalau untuk mendapat pekerjaan profesional, kelulusan dengan CGPA melebihi 3.0 adalah dicari. Untuk itu anak-anak perlu mendapat kepulusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Bidang pembelajaran juga tidak sama seperti dahulu. Ibubapa dahulu jarang terlibat dalam menentukan bidang yang perlu diambil. Ada ibubapa tidak berapa kisah dengan pemilihan anak-anak. Apa yang baik untuk anak-anak baiklah untuk ibubapa. Hanya yang penting bila keluar nanti dapat kerja. Itu sahaja yang ibubapa dahalu mahukan. Sekarang tidak lagi demikan. Ibubapa perlu mengetahui bidang apa yang anak-anak mereka ceburi. Bidang yang terdapat juga sangat luas bersesuaian dengan perkembangan negara sekarang ini. Kalau boleh kita perlu menasihati bidang yang akan diceburi supaya mereka akan mendapat pulangan yang baik pada masa hadapan (makan gaji atau berniaga). Ibubapa zaman sekarang bukan lagi ibubapa seperti satu ketika dahulu. Ibubapa sekarang telah mempunyai kelulusan yang cemerlang dan memiliki karier yang sangat baik (ibubapa sekarang pandai-pandai). Ibubapa sekarang banyak pengalaman dan luas pembacaan serta pergaulan yang boleh dikongsi bersama anak-anak. Ibubapa harus memberi panduan kepada anak-anak supaya mereka berupaya memilih karier yang betul pada masa hadapan. Walaupun begitu keputusan terakhir biarlah dibuat oleh anak-anak sendiri kerana merekalah yang akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan mereka sendiri. Ibubapa jangan dipersalahkan nanti, ibubapa berhak memberi pendapat dan contoh sahaja. Keputusan ditangan mereka sendiri. Biarlah mereka bertanggung jawapa dengan pemilihan untuk masa depan mereka sendiri. Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri. Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting. Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru. Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak mendengar dan datang untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar dengan tekun. Jika mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat. Mereka akan segera bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu bertanya setiap sessi pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang ingin di tanya. Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu sebab mereka tidak bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana ingin memahaminya dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak boleh tetapi adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi pembelajaran berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau ditokok tambah. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan kita mempunyai tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan. Pada masyarakat, sesiapa yang berpendidikan akan dapat memberikan sesuatu yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang berpendidikan akan pandai bekerja (walaupun tidak semestinya). Mereka yang berpendidikan akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka yang berpendidikan boleh terkehadapan.dan dapat menaikkan nama institusi mereka bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita. Tidak hairan kita semua berebut-rebut kearah itu. Ini sememawngnya telah terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang berpendidikan. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang berpendidikan ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga hendak dibuktiklan ketepatanya). Kemahiran mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap perlu dijadikan amalan kehidupan samaada murid sekolah atau ibubapa. Amalan ini amat baik dan akan membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu dihafal tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan untuk mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka yang dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu diamalkan tetapi amalam mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap adalah amalan yang sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu dan juga organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara. Apakah ibubapa berupaya menyemai budaya ini kepada anak-anak dalam proses pembelajaran seharaian. Ini lah peranan dan cabaran yang perlu disahut oleh ibubapa.

Rabu, 9 Januari 2013

TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah. lullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari. Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari. Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya. Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti. Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut. Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih. Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya. Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya. Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Ahad, 25 September 2011

Pendaftaran Baru 2012

Assalamualaikum warahmatullah.

Sukacita di maklumkan bahawa pihak tadika telah membuka pendaftaran baru secara tidak rasmi bermula Ogos 2011 yang lalu. Pada tahun ini pihak tadika tidak memasang kain rentang untuk pendaftaran baru kerana jumlah pelajar yang diperlukan untuk tahun 2012 talah menghampiri kuota yang diperlukan.

Pihak Tadika ingin memohon maaf seandainya ada ibubapa yang berhajat ingin menghantar anak tetapi tidak dapat mendaftar. Apa pun pihak Tadika amat menghargai semua sokongan yang diberikan dan kami amat menghargainya.

Terima kasih kerana memilih Tadika Permata Soleh sebagai tempat pembelajaran anaak-anak tuan-tuan /puan.

Sabtu, 24 September 2011

Pembukaan Cawangan Baru

Assalamualaikum Warahmatullah.

Adalah dimaklumkan bahawa Tadika Permata Soleh akan membuka cawangannya yang pertama di Taman Bistari , Ulu Tiram Johor. Tadika ini akan mula beroperasi bermula 2012. Sehubungan dengan itu juga, pihak tadika memerlukan seorang guru yang bakal mengajar di tadika yang baru itu nanti. Antara kriteria pemilihan guru yang diperlukan ialah berkelulusan SPM/STPM, ada darjah khas dan boleh mengajar mengaji. Kepada yang berminat bolehlah menghantar "resume' kepada pihak tadika dengan seberapa segera.

Jumaat, 1 Julai 2011

PENDAFTARAN 2012


Assalamualaikum Warahmatullah.

Sukacita dimaklumkan bahawa atas permintaan ibubapa, pendaftaran bagi sesi 2012 telah mula dibuka bermula pada 4 Julai 2012. Bagi pelajar lama (4 tahun dan 5 tahun) pihak kami akan menghantar satu surat tawaran untuk kekal belajar di Tadika Permata Soleh. Bagi pelajar baru, borang-borang boleh didapati dengan hadir sendiri ke tadika dan berjumpa dengan guru besar /guru bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi mengelakkan anak-anak tidak mendapat tempat, adalah diharapkan agar ibubapa dapat membuat pendaftaran awal. Kami memberikan keutamaan kepada pelajar lama. Bagi pelajar baru, kami mengunakan konsep 'siapa cepat dia dapat.'. Bayaran pengesahan pendaftaran sebanyak RM10.00 hendaklah dibuat (setelah menerima surat dari pihak kami). Sebarang masalah/pertanyaan bolehlah menghubungi kami, 07-8822246 (Minta bercakap dengan Pn Noranisah)
Sekian terima kasih.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELIPUTI

1.AKADEMIK

Bahasa melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Matematik
Asas Sains
Seni Kreatif
Kemahiran Jawi
Sirah Rasul

TAMBAHAN

‘Ibu Ajarku Jawi’
“Bacalah Anakku’
‘Learning English’

2.AGAMA / HAFALAN

Hafazan Surah Yaasin
Hafazan Surah-Surah Lazim
Hafalan Doa-Doa Harian.
Teori / Praktikal Solat (Sunat / Fardu / Jenazah)
Praktikal Wudhu / Tayamum
Iqra
Nasyid dan lain-lain.

3.SOSIAL

Hari Jadi Pelajar
Hari Guru
Sukan Tahunan
Maulidurrasul
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Bercerita
PertandinganTulisan Cantik.
Lawatan Sambil Belajar
Pertandingan Nasyid
Khatam Al-Quran.